Media Coverage

ETS ke Segamat dijangka Oktober ini

Segamat: Projek Landasan Berkembar Sistem Tren Elektrik (ETS) Gemas-Segamat sudah 95 peratus siap.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke, berkata, ia dijangka boleh digunakan sepenuhnya awal Oktober ini, sekali gus membolehkan Perkhidmatan ETS dihubungkan dari Padang Besar, Perlis ke Segamat, Johor.

“Projek ini berjalan lancar dan kita pastikan dalam secepat mungkin ia dapat menyediakan perkhidmatan ETS kepada masyarakat hingga ke Segamat dahulu,” katanya ketika berucap di Karnival Keretapi Go Go Go di sini, malam tadi.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa juga Ahli Parlimen Sekijang; ADUN Jementah, Ng Kor Sim; Yang Di Pertua (YDP) Majlis Perbandaran Segamat (MPS), Mohd Helmi Datuk Shari @ Shangari; dan Timbalan Ketua Polis Segamat, Deputi Superintendan Ng Swee Chait.

Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban itu berkata, ketika ini perkhidmatan ETS hanya ada di laluan Padang Besar, Perlis ke Kuala Lumpur hingga ke Gemas yakin akan sentiasa mendapat sambutan kelak arah Segamat pula, nanti.

“Untuk selatan pula, ia kini hanya perlu diperlengkapkan. Saya harap sedikit masa lagi dapat melengkapkan maka perkhidmatan itu boleh diakses sepenuhnya pada tahun 2015,” katanya.

Beliau berkata, mereka juga merancang untuk menambah jumlah gerabak ETS di laluan berkenaan namun ia tertakluk kepada permintaan khidmat pelanggan.

“Sudah pasti (beberapa gerabak ETS) kita melihat itu mencukupi buat permulaan dan saya melihat potensi membawa penumpang ini adalah mod pengangkutan kini yang popular.

“Kita ada pelbagai perancangan antaranya berkait rapat sektor pelancongan termasuk di Segamat,” katanya.

 

Source: Harian Metro

Mural “Kereta Api Merentasi Zaman”

Mural Kereta Api Terbesar di Malaysia

Mural “Kereta Api Merentasi Zaman” terletak pada dinding luar kedai GSM Chicken Station. Mural ini menggambarkan pertemuan kereta api wap tahun 1954 dengan kereta api moden tahun 2024, mencipta pemandangan unik yang menceritakan perubahan dan perkembangan merentasi zaman.

Mural ini lebih daripada sekadar karya seni; ia menampilkan elemen klasik seperti landasan kereta api kayu autentik, tuas pertukaran dan papan tanda, yang menjadi daya tarikan para pelawat dan menghubungkan semula penduduk tempatan dengan warisan budaya Segamat, dengan motto “Mengimbas Masa Lalu, Melangkah ke Masa Depan”.

Mural “Kereta Api Merentasi Zaman”
"Train Across Time" Mural by GSM Chicken Station
Malaysia Book of Records